top of page

Pesakit Diabetes Tidak Boleh Mengambil Gula dan Makanan Manis?


Fakta atau Mitos?


Apakah Yang Diperkata Tentang Gula dan Diabetes?


Selama bertahun-tahun, mereka yang mempunyai masalah diabetes telah dilarang untuk mengambil makanan manis yang diperbuat daripada gula ringkas.

Kini, pemahaman para penyelidik tentang terapi pemakanan diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang indeks glisemik (GI).

Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat metabolisma karbohidrat makanan untuk ditukarkan kepada kepada gula darah di dalam tubuh.

Prinsip asas menyatakan bahawa makanan manis akan meningkatkan gula darah dengan cepat berbanding makanan berkanji. Ini memang benar seandainya makanan manis tersebut dimakan secara tunggal. Namun begitu, jika makanan manis tersebut dimakan bersama makanan seimbang tinggi serat, peningkatan gula darah dapat diperlahan. Selain serat, ada juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi kadar metabolisma gula, contohnya kaedah penyediaan sajian dan juga kandungan lemaknya.

(Sumber gambar : Blog Anyzin)

Adalah benar jika dikatakan jenis karbohidrat yang berbeza akan memberi pengaruh yang berbeza terhadap gula darah. Namun begitu, pakar-pakar memberi pandangan bahawa fokus utama patut diberikan kepada jumlah keseluruhan karbohidrat yang dimakan berbanding jenisnya. Ini kerana, jumlah karbohidrat yang dimakan mempunyai kesan yang lebih ketara kepada perubahan gula darah.

Oleh itu, saranan tentang pengambilan gula untuk mereka yang mempunyai diabetes telah mula berubah. Ia telah bertukar daripada mengelakkan pengambilan makanan bergula kepada membenarkan pengambilannya. Kaedah yang digunakan adalah melalui tukar ganti ke dalam sajian karbohidrat sedia ada. Melalui kaedah ini, penggunaan gula dalam amaun tertentu adalah dibenarkan dan ia tidak memberi kesan buruk kepada aras gula darah. Walau bagaimanapun, penggunaan gula dalam kuantiti yang berlebihan adalah tidak dibenarkan. Anda disarankan untuk mengekalkan pelan pemakanan sihat anda di samping meneruskan aktiviti fizikal secukupnya.


Gunakan Gula Dengan Bijak


Boleh mengambil makanan manis! – merupakan berita gembira bagi mereka yang mengalami diabetes. Namun begitu, ia tidak bererti anda boleh mengambil gula sesuka hati. Kebanyakan makanan manis mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi walaupun saiznya kecil. Selain itu, kebanyakan hidangan manis juga mengandungi lemak dan tinggi kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain. Oleh itu, kunci utama dalam pengambilan makanan manis adalah pengambilan secara sederhana.

Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat walaupun nilai nutriennya sangat sedikit. Jika mereka yang menghidap diabetes membuat banyak tukar ganti makanan tinggi gula di dalam sajian harian, mereka akan kekurangan bekalan karbohidrat tinggi nutrien yang diperlukan secukupnya untuk kekal sihat. Sebaliknya, diet seharian mereka akan dimonopoli oleh makanan berkalori kosong iaitu kalori tanpa nutrien penting (nutrien yang terdapat dalam makanan sihat).

Ada di antara kita yang amat menggemari makanan manis dan agak bermasalah untuk mengelakkan pengambilannya. Dalam kes ini, anda boleh mengubah suai resipi kegemaran anda melalui sedikit inovasi dan kreativiti. Anda boleh menggantikan semua gula dengan bahan lain yang meningkatkan rasa, atau mengurangkan sebahagian kandungan gula di samping melebihkan kandungan seratnya. Pengambilannya adalah selamat untuk gula darah anda asalkan kandungan karbohidrat dan kalorinya masih di dalam julat pelan pemakanan sihat anda.

Semasa berada dalam majlis keraian, anda mungkin ada keinginan untuk merasa sajian manis yang dihidangkan sepeti kek dan kuih-muih. Pegawai Dietetik di tempat anda boleh membantu untuk menyesuaikan pengambilan gula dalam pelan pemakanan sihat harian anda. Anda juga mungkin boleh berbincang dengan Pegawai Perubatan anda tentang pengubah suaian dos suntikan insulin apabila ada pengambilan gula dalam pelan pemakanan anda.



Bagaimanakah Pelan Makan Manis Secara Bijak?


Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk di dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien anda disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.


Makan makanan manis dengan kuantiti yang kecil

  • Hanya menggantikan sebahagian makanan berkarbohidrat dalam sajian anda.

  • Pastikan anda membuang sebahagian porsi karbohidrat dalam sajian yang sama.

  • Tukarkan makanan anda yang mengandungi tinggi karbohidrat kepada yang lebih rendah (contohnya: dua senduk nasi goreng kepada sekeping lempeng) dan baki karbohidrat tersebut boleh digunakan untuk tukar ganti makanan manis.

  • Mulakan Mulakan dengan separuh saiz makanan manis dan separuh lagi digantikan oleh buah-buahan.

Kurangkan lemak dalam sajian lain

  • Pastikan sajian lain dalam pelan pemakanan anda mengandungi rendah lemak, seandainya makanan manis anda tinggi lemak dan gula.

Simpan keinginan memakan makanan manis semasa majlis sahaja

  • Tips sihat untuk penggemar makanan manis.

  • Fokus makanan seharian kepada yang lebih baik nilai nutriennya.

  • Makan makanan manis bersama dengan sajian lain berbanding dimakan secara tunggal.

  • Kongsi makanan manis anda dengan rakan.

  • Makan perlahan dan nikmati rasanya dengan puas, boleh mengelakkan pengambilan berlebihan.

Ubah suai resipi

  • Pilih makanan rendah atau tanpa lemak, atau boleh menambah jenis lemak yang lebih sihat kepada makanan manis.

  • Pilih makanan manis yang disediakan dengan rendah gula.

  • Boleh menggunakan gantian gula semulajadi atau pemanis tiruan, ia boleh memberi rasa manis dan mengurangkan kalori.

  • Cari kaedah untuk merawat kegemaran kepada makanan manis anda, contohnya minum buahan kisar tanpa gula bersama ais untuk menggantikan ais krim.


Bagaimana Membuat Tukar Ganti Gula Ke Dalam Sajian Anda?


Apabila anda ingin mengambil makanan manis, prinsip asas adalah untuk menukar ganti ia dengan makanan berkarbohidrat lain dalam sajian yang sama. Sebagai contoh, anda ada keinginan untuk makan bubur k


acang hijau (tinggi gula dan lemak), anda boleh mengambilnya dalam amaun yang sedikit. Pada masa yang sama, anda perlu meninggalkan sajian buah-buahan yang sepatutnya anda ambil ketika itu. Sebagai tambahan maklumat, oleh kerana makanan manis anda mengandungi tinggi lemak, maka hidangan lauk-pauk anda harus disediakan secara kurang lemak.


Berikut adalah langkah-langkah menukar ganti makanan manis ke dalam sajian :

  1. Pertama, kenal pasti kumpulan karbohidrat dalam sajian anda.

  2. Kemudian, buat keputusan tentang karbohidrat mana yang anda akan pilih untuk ditukar ganti dengan makanan manis yang anda inginkan. Anda boleh merujuk kepada senarai kandungan karbohidrat berikut : Cooked dishes – Malaysian Kuih. Label pemakanan yang ada pada pembungkus makanan juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menganggarkan kandungan karbohidrat dalam sajian tersebut.

  3. Akhir sekali, tukar gantikan makanan manis anda ke dalam sajian. Anda boleh merujuk kepada senarai pertukaran karbohidrat. Ia adalah pertukaran yang seragam dan jumlah karbohidrat sajian anda tidak langsung berubah.


Rujukan :

  1. Malaysians’ Dietitian Association (2005). Medical nutrition therapy guidelines for Type 2 Diabetes.

  2. American Diabetes Association(2010). Clinical Practice Reccomendations. Retrieved October 15, 2012, from http://www.diabetes.org

  3. “Nutrition Recommendations and Interventions for Diabetes”. American Diabetes Association. Diabetes Care. 2008;31(suppl 21):S61-S78.

  4. Mayo Clinic. Diabetes nutrition: Including sweets in your meal plan. Retrieved September 21, 2012, from http://www.mayoclinic.com/


Semakan akhir:10 Januari 2014

Penulis:Pn. Salha binti Mohamed Nor


P/S: Kadang-kadang, kesemua makanan di atas sukar diambil oleh sesetengah di antara kita, kerana jadual waktu, komitmen, keluarga dan sebagainya. Atau kita boleh kelaskan sebagai "ALASAN" la. Jadi klik DI SINI untuk mengetahui bagaimana anda boleh kekal sihat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan lagi. Atau anda boleh layari di sini >>> https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore?promoted_website=1&ref=www_aymt_homepage_panel#








Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page